Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, pengecualian itu meliputi semua kawasan pentadbiran MBKT termasuk di daerah Kuala Nerus. 

“Jika sebelum ini MBKT mengenakan caj parkir setiap hari termasuk Jumaat serta hari kelepasan am dan pengecualian hanya diberikan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. 

“Justeru pendekatan yang diambil untuk tidak lagi mengenakan caj parkir selepas ini diambil kira berdasarkan pandangan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jelas Samiun, langkah itu juga sebagai penyelarasan hari operasi tempat letak kereta bersama pihak berkuasa tempatan lain di seluruh Terengganu. - K! ONLINE