Portfolio tersebut dilihat hampir sama seperti yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini namun terdapat sedikit pindaan. 

Berikut senarai Exco dan portfolio yang dipegang masing-masing: 

Ahmad Faizal Azumu (Menteri Besar) – Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Abdul Aziz Bari – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan

Asmuni Awi – Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan

Abdul Yunus Jamahri - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan

Tan Kar Hing - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Howard Lee Chuan How - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan

Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim - Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi 

A. Sivanesan - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia

Yong Choo Kiong - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu 

Wong May Ing - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

- K! ONLINE