Ketika ditemui pemberita, Ahmad Faizal berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan itu, selain berharap momentum kejayaan Perak dapat diteruskan pada musim hadapan dengan sokongan semua pihak termasuk pengurusan terdahulu.

"Saya yakin kerjasama daripada semua pihak termasuk mereka yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun dapat kita teruskan.

"Malah kita akan mantapkan lagi (pasukan) supaya membawa kejayaan lebih besar, kalau pun tak di peringkat antarabangsa, kekalkan kejayaan di peringkat nasional," katanya di sini.

Pada 28 November lalu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Presiden PAFA sepertimana dipersetujui dan dicadangkan anggota gabungan PAFA. - Bernama