Mayat yang belum diketahui identitinya itu dianggarkan berusia 50-an ditemukan orang awam kira-kira pukul 7.27 malam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Kuala Selangor, Mohd. Faisal Jumari berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.31 malam. 

"Mayat berjaya dibawa naik dengan bantuan bot pelancongan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE