Penghulu Mukim Bunohan, Abdullah Yunus berkata, mayat yang tinggal rangka itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi tadi dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian dipercayai terjatuh daripada pokok kelapa.

"Sebilah parang serta selipar dipercayai milik lelaki berkenaan turut ditemui di pangkal pokok berkenaan.

Penduduk kampung beritahu saya mereka menghidu bau busuk sejak seminggu lalu dan ia merungkai kejadian tersebut," katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud mengesahkan penemuan tersebut dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. - Bernama