Mayat mangsa Azlan Yahya, 47, selamat sampai ke kaki gunung tersebut pada pukul 6.05 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri mengesahkan perkara tersebut.

Azlan ditemui meninggal dunia selepas dikatakan tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung berkedalaman kira-kira 100 meter ketika menuruni puncak Gunung Nuang. - K! ONLINE