Dalam kejadian pukul 9.25 pagi itu, pekerja terbabit dikatakan menemui mayat berkenaan selepas melakukan kerja-kerja kutipan sampah di rumah sampah Blok D Apartmen P18R13 di sini.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan mendapati bayi cukup sifat itu masih bertali pusat dan dianggarkan berusia antara tujuh ke lapan bulan.

"Pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan janin itu sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

"Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut. - K! ONLINE