Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisansahseni Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang oleh pihak Hospital Tumpat.

Menurutnya, sejurus mendapat panggilan kecemasan seramai empat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke Hospital Tumpat.

"Kita mengambil masa selama 15 minit untuk memotong mata kail dengan menggunakan 'Ring' dan 'Disc Cutter'.

"Sebaik sahaja selesai mangsa telah dirujuk untuk proses pembedahan oleh pihak hospital untuk menggeluarkan baki mata kail yang masih terdapat ditangan kanak-kanak berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE