Kehadiran Mohamad bersama isterinya, Normah Alwi adalah bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 350 warga TUDM yang diadakan di Wisma Ahli Udara di pangkalan udara tersebut.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang.

"Saya tidak berasa cemas biarpun kali pertama dibawa menaiki pesawat A400M dan ini bukan pertama kali (menaiki pesawat tentera) kerana saya pernah menaiki pesawat Hercules bersama tentera melawat ke sempadan negara Timur Tengah.

"Pesawat ini baik, enjinnya tadi bunyi sedap. Berlepas, mendarat tidak goncang. Pesawat ini boleh jadi komersial, cuma duduk tidak berhadapan dan hanya mengiring," selorohnya pada sidang akhbar di sini tadi. - K! ONLINE