Anak lelakinya yang didapati positif dadah jenis ganja selepas polis melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

"Tiada kenyataan tambahan melainkan kenyataan bertulis yang telah saya buat," jawabnya ringkas kepada pemberita selepas ditanya tentang perkara tersebut.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) ditemui selepas melawat ibu bapa Muhammad Adib Mohd. Kassim iaitu Mohd. Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51, di rumah mereka di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini hari ini.

Kosmo Online ! semalam melaporkan anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang.
Anak ketiga Mohamad iaitu Ahmad Saiful Islam, 31, ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Mohamad Sabu dalam satu kenyataan semalam berkata, dia sekeluarga menyerahkan nasib anaknya itu kepada pihak berkuasa berdasarkan undang-undang sedia ada. - K! ONLINE