Pengerusi MBR, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata, keputusan itu ekoran video yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan pelancong asing yang mempamerkan perilaku tidak senonoh iaitu menari di atas tembok pagar masjid itu.

"Pihak pengurusan tertinggi MBR menzahirkan rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong tersebut meskipun sudah diberikan penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu juga, Jamal berkata pihak MBR memutuskan dengan serta merta bahawa semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan MBR. - Bernama