Malah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui media massa. 

"Saya ada baca berita mengenai perkara tersebut tetapi masih tiada sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenainya di peringkat kepimpinan tertinggi parti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis kenduri rakyat bersempena majlis perkahwinan anak sulungnya di Ampang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan satu kerusi Parlimen akan dikosongkan oleh PKR  bagi memberi laluan untuk Anwar bertanding.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah yang juga Presiden parti,  berkata PKR belum dapat mengumumkan  di mana kerusi terbabit  atau bila akan dikosongkan

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang sebelum itu dilaporkan berkata parti berkenaan akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu depan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding. - Bernama