Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, mengambil contoh pelaksanaan gaji minimun yang melibatkan kementeriannya, beliau berkata perkara itu sedang dalam proses perlaksanaan.

 "Adakah anda ingat manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2013, 2008, 2004dan sebelumnya? Tiada siapa tahu. Kenapa kita tidak tahu, kerana tidak ada pendekatan dengan masyarakat.

"Kita memberitahu rakyat apa yang kita hendak lakukan tetapi kita mempunyai limitasi, kenapa limitasi kerana kita tidak mempunyai wang yang diperlukan, namun kita berjanji akan  melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter khidmat rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Awam di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan perkembangan Janji 100 Hari PH selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu.

Dalam pembentangan itu, Mahathir berkata kerajaan tidak berlengah untuk melunaskan janji utama namun, PH menghadapi kekangan kerana kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu lebih buruk daripada yang dijangkakan. - Bernama