Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, mangsa, Muhammad Salehuddin Mohd Noor, 26 meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

"Kebiasaannya, mangsa yang terbakar lebih 50 peratus agar sukar diselamatkan kerana tahap lecur mangsa agak teruk.

Bagi kes pesakit melecur lebih 40 peratus pula, kemungkinan untuk sembuh juga agak rendah iaitu antara 20 hingga 30 peratus sahaja bergantung kepada banyak faktor seperti umur, jangkitan kuman, kadar kehilangan air dalam badan dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian di bengkel perabot itu, mangsa cedera parah selepas tong dram yang sedang dipotongnya tiba-tiba meletup menyebabkan mangsa terpelanting dan pakaiannya terbakar. - Bernama