Mayat, Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, ditemui terapung pada pukul 2.20 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sejurus mayat mangsa disahkan oleh pihak keluarga pasukan SAR membawa mangsa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Terdahulu, mayat Muhammad Norhakimi Rejab,18, yang juga rakan kepada Noor Rahimi ditemui pada pukul 5.55 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa bersama 11 lagi rakan mereka termasuk emak saudara salah seorang mangsa ke pantai terbabit malam Ahad lalu untuk berkhemah dan barbeku.

Lapan daripada mereka dikatakan bermain bola di tepi pantai itu pada pagi semalam sebelum dua daripada mereka hilang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke laut. - K! ONLINE