Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat Mohd Joharye Shafie berkata PPS di Sekolah Kebangsaan Bunohan di Tumpat, yang menempatkan mangsa terbabit ditutup pada 1 tengah hari.

Kesemua mangsa terjejas adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata sebelum ini mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana fenomena 'banjir termenung' iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain. - Bernama