Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan  Bencana Negeri Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di 20 buah pusat pemindahan sementara yang dibuka di kawasan terjejas.

Menurutnya, bahagian yang terjejas akibat banjir di negeri ini adalah Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu.

"Kesemua pusat pemindahan berada dalam keadaan terkawal," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE