Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, di Pekan dua lagi PPS baharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang yang menempatkan 322 mangsa dan  SK Sri Biram (51 orang).

"Mangsa turut ditempatkan di lapan lagi PPS di SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (30), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (121).

"Di pusat pemindahan Pulau Manis terdapat 75 mangsa, Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (50) dan SK Acheh (sembilan)," katanya.

Di Rompin, jumlah mangsa masih kekal 125 orang yang ditempatkan di SK Tekek, Tioman (63) dan Dewan Orang Ramai Leban Chondong (62). - K! ONLINE