Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tersebut menyatakan ia kini mengendalikan sebanyak 42 buah pesawat merangkumi 29 buah Boeing 737NG dan 13 buah ATR72-600.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandram Rama Muthy berkata, Malindo Air juga akan lebih berwaspada terhadap sebarang perancangan masa depan membabitkan pesawat jenis MAX itu.

Selain itu, beliau turut berkongsi simpati di atas kejadian nahas Ethiopian Airlines pada Ahad lepas, "Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terbabit dalam tragedi ini."

Pada Oktober 2018, pesawat jenis sama kendalian Lion Air terhempas di Indonesia dan meragut 189 nyawa. - Bernama