Beliau berkata, walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman rejim Tel Aviv.

"Bila? Itu soal kedua. Tetapi cita-cita mesti ada, komitmen mesti ada dan persiapan atau usaha mesti dimulakan.  

"Ia tugas dan tanggungjawab sebuah negara berdaulat (seperti Malaysia) membantu negara yang berdepan masalah, menolong rakyat mana-mana negara yang telah bertahun-tahun dizalimi iaitu sejak 1948 (apabila Israel dibentuk)," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini Isnin.

Ujar Saifuddin buat masa ini pihaknya masih belum berhasrat membawa cadangan itu ke peringkat Kabinet. - Bernama