"Kami mahu bebas, dan mempunyai dasar kami sendiri," katanya selepas menyampaikan ceramah  mengenai "Masa Depan Demokrasi di Asia" di Chatham House, Royal Institute of International Affairs di sini. 

Ditanya mengenai perancangan pertahanan masa depan Malaysia, Mahathir berkata, bergabung dengan sekumpulan negara dalam bidang pertahanan akan mengakibatkan Malaysia terlibat dalam politik mereka.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mempunyai Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dengan negara berkenaan memutuskan untuk bekerjasama itu tidak bererti Malaysia perlu mengikuti dasar mereka.  

"Kami boleh mempunyai dasar (pertahanan) kami sendiri," kata beliau. - Bernama