Tampil sebagai pasukan underdog, Malaysia hanya berupaya mengutip satu mata menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan pemain muda Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-16.

Bagaimanapun, Malaysia terpaksa akur apabila Indonesia bangkit pada tiga perlawanan seterusnya sekali gus menempah slot separuh akhir bertemu pasukan China.

Satu lagi aksi separuh akhir adalah pasukan di antara pasukan Jepun dan Pasukan Denmark. - K! ONLINE