Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan menunggu maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung bentuk bantuan yang dikehendaki mereka.

"Setakat ini, tiada permintaan (bantuan SAR atau pemulihan) daripada pihak Indonesia, tetapi kita tawarkan bantuan itu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri jamuan teh bersama jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini hari ini.

Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Siti Nur Iesmawida Ismail berusia 30 tahun. - Bernama