Persembahan terpuji yang dipamerkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bagaimanapun hampir memberikan tiga mata berharga, namun dua percubaan negara yang terkena tiang pada babak kedua perlawanan memaksa Malaysia untuk sekadar berpuas hati mengutip satu mata.

Bagaimanapun, keputusan yang dianggap tidak bernasib baik itu masih belum menutup peluang Malaysia untuk mara ke peringkat suku akhir meskipun skuad negara kini menduduki tempat tercorot dengan mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Pada perlawanan itu, cuaca sejuk yang mencecah 4 darjah Celsius tidak menghalang skuad negara dari menyajikan permainan berkualiti dengan beberapa gerakan menarik berjaya dicipta sepanjang perlawanan untuk mengucar-kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

Dua perubahan dalam kesebelasan utama yang dilakukan Kim Swee hari ini dengan menurunkan penyerang Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ternyata memberikan impak positif terhadap corak permainan negara. - Bernama