Beliau berkata, beberapa usaha telah diambil oleh kementerian untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi mesti dilawati dan akan melaksanakan strategi baru bagi menyediakan persekitaran yang kondusif  bagi pemain industri ini menarik dan meningkatkan pertumbuhan pelancongan.

"Menjadi matlamat kami untuk mempertingkatkan kedudukan negara selepas disenaraikan pada  kedudukan ke-12 pada tahun lepas. Kita perlu lebih bersaing dalam peringkat antarabangsa.

"Kita akan menjalinkan kerjasama yang lebih baik dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mempromosi Malaysia dan berbincang dengan syarikat penerbangan tempatan untuk mengadakan lebih banyak penerbangan terus ke Malaysia," katanya pada persidangan akhbar selepas melancarkan  Matta Fair 2018 di PWTC di sini hari ini.

Mohamaddin berkata, berbekalkan pengalaman, inovasi, kualiti produk dan standard perkhidmatan yang cemerlang, sektor pelancongan mampu membawa negara jauh ke hadapan dan menjadikan Malaysia sebuah destinasi pilihan kepada pelancong. - Bernama