Kejohanan yang juga turut dikenali sebagai M1 akan disertai 16 pasukan daripada 14 negara bagi berentap untuk menjadi juara dunia selain berpeluang merebut hadiah kemenangan berjumlah RM1.02 juta.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah sukan elektronik Moonton, Logan Shaw di persidangan Moonton Epicon 2019 buat pertama kalinya di sini sebentar tadi.

Kejohanan tersebut dijangka menjadi penanda aras terbaik dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hub sukan elektronik di seluruh dunia sekali gus mampu menarik minat para penaja untuk bersama-sama mengembangkan sukan berkenaan. - K! ONLINE