Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani atas lawatan kerja ke Malaysia.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, @TamimBinHamadEmir Qatar atas lawatan hari ini.

"Kami komited untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dan juga meningkatkan kerjasama dua hala meliputi bidang-bidang lain. Semoga menikmati sesuatu yang indah sepanjang berada di Malaysia. Terima Kasih," kata Mahathir menerusi catatan di laman Twitter beliau hari ini.

Emir Qatar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke negara ini. Beliau melakukan lawatan sulungnya ke Malaysia pada Oktober tahun lepas (2017). - Bernama