Beliau berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk menambah pekerjaan dan menjadi daya penggerak di ASEAN.

"Tumpu kepada industri yang dapat menjana pendapatan dengan segera, selain teknologi dan idea yang dapat menghasilkan pertumbuhan besar (kepada negara)," katanya dalam catatan terkini di Twitter.

Fernandes berkata, dengan mencatat pertumbuhan ekonomi akan membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya.

Beliau turut percaya ringgit akan mengukuh kepada 3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. - Bernama