"Terdapat banyak perkara yang kedua-dua negara  boleh saling melengkapi, terutama sebagai negara Islam.

"Terdapat banyak bidang (untuk kerjasama antara Malaysia dan Pakistan) Tetapi (sebelum ini), kita tidak tahu tentang keupayaan mereka dan mereka tidak mengetahui keupayaan kita. Hanya apabila kita berada di sini, kita dapat melihat kekuatan mereka," kata Mahathir kepada media Malaysia pada akhir lawatannya Sabtu.

Pakistan hari ini bukan Pakistan yang sama yang pernah  beliau kunjungi pada tahun 1984, 1997 dan 2002, ketika menjadi perdana menteri buat kali pertama.

Ramai yang menganggap Pakistan sebagai "negara ketenteraan yang miskin" kerana persepsi buruk terhadap negara itu. Dan tidak ramai yang mengetahui  bahawa negara Asia Selatan itu adalah pengeluar kenderaan tentera dan jet pejuang JF-17 Thunder, sebenarnya mereka menjual produk tersebut ke negara lain. - Bernama