"Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan," kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh tentang perkara itu kerana pihak media diminta beredar daripada pertemuan dua pemimpin berkenaan.  

Malaysia diketahui ramai turut menggunakan kelengkapan pertahanan buatan Rusia.

Kementerian Pertahanan Malaysia mengendalikan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa terdapat beberapa isu berkaitan penyenggaraan dan perkhidmatan pesawat itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Rusia Vladmir Putin pada Mesyuarat Dua HalaPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Rusia Vladmir Putin pada Mesyuarat Dua Hala sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sebuah hotel di Singapura, semalam. - Foto Bernama

 

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata hanya empat daripada 18 jet Sukhoi yang layak terbang, manakala bakinya masih dalam pembaikan. - Bernama