Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, 18-21, 22-24, dalam pertarungan 37 minit itu.

Bekas pasangan nombor satu dunia itu mengambil keputusan untuk bergelar profesional selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 5 Januari lalu.

Dalam pada itu, Wee Kiong menyifatkan gandingan Indonesia itu mempunyai kelebihan dalam aspek ketangkasan selain mempunyai taktikal permainan baik yang sukar diatasi.

"Dalam perlawanan pantas, mereka menampilkan aksi yang baik serta teknik pukulan agak mengelirukan," katanya. - Bernama