Kementerian Luar dalam  satu kenyataan hari ini berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walajupun dengan apa cara sekalipun.

"Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdosa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera.

"Penggunaan kekerasan adalah tidak wajar dan oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk mengelakkan lebih ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan dan dapatan "Independent International Commission of Inquiry on the protests in the Occupied Palestinian Territory" yang dikeluarkan bulan lepas jelas membuktikan kedegilan kerajaan Israel. - Bernama