Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, beliau dimaklumkan mengenai berita sedih itu oleh pengarah jabatan berkenaan, Augustine Tuuga.

"Tam mati tengah hari tadi, sekitar 12 tengah hari pada Isnin (27 Mei). Segala usaha rawatan  telah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.

Minggu-minggu terakhirnya melibatkan usaha mengurangkan kesakitan yang paling intensif dan dilakukan oleh pasukan Borneo Rhino Alliance (BORA) di bawah Dr. Zainal Zahari Zainuddin, di Santuari Badak Sumbu Borneo, Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, punca sebenar kematian Tam akan lebih jelas selepas  bedah siasat dilaksanakan. - Bernama