Perdana Menteri juga menggesa industri berkembang dan berinovasi selari dengan keperluan IR 4.0.

"Revolusi Perindustrian Keempat akan mengubah jenis kerja yang diperlukan dalam industri. Kami berpendirian bahawa sebagai sebuah negara, kita mesti mewujudkan pekerjaan untuk masa depan.

"Matlamat kami adalah untuk mengautomasikan kerja, tetapi menginsankan pekerjaan. Biarkan mesin melakukan kerja berbahaya serta berulang dan memastikan manusia mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kreativiti, empati dan interaktif," katanya dalam ucapannya pada Beyond Paradigm Summit 2019 di sini.

Mahathir berkata, tindak balas segera perlu bagi membolehkan Malaysia mewujudkan, mengguna pakai dan mengintegrasikan penyelesaian teknologi tersendiri untuk mentransformasikan tenaga kerja dan industri. - Bernama