Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pihak berkuasa Israel perlu memastikan kebajikan dan keselamatan mereka di atas kapal tersebut "ll-Awda".

Malaysia turut menggesa supaya mereka dibebaskan segera.  

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan dari dekat dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Palestin bagi mengusahakan pembebasan Mohd. Afandi.

Kapal tersebut yang melakukan misi damai di bawah Freedom Flotilla Coalition membawa 22 orang dari pelbagai negara.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggesa masyarakat antarabangsa  menyertai Malaysia dalam mengutuk tindakan Israel dan menggesa dihentikan sekatan di Gaza.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sekatan di Gaza itu perlu dihentikan segera dan rakyat Palestin dibenarkan bergerak bebas. - Bernama