Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata, republik tersebut telah "mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik" mengenai pembayaran itu.

Pada 5 September 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei, 2020.

Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (S$1=RM3.04) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Januari 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Januari 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Disember 2026. - Bernama