Beliau berkata, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang sedang melawat negara ini memaklumkan kepada beliau bahawa negara itu memulakan proses perindustriannya dengan membina kereta, sama seperti Malaysia.

"Lihatlah di mana mereka sekarang. Kami sememangnya amat kagum.

"Kami juga bermula dengan kereta tetapi ia tidak sebaik buatan Korea," katanya pada sidang media bersama Presiden Moon di Perdana Putra di sini selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin sebelum itu.

Mahathir berkata, terdapat ruang untuk mengadakan kerjasama dalam banyak bidang antara kedua-dua negara ekoran perlanjutan Dasar Pandang ke Timur. - Bernama