Dalam satu kenyataan di sini, ia berkata jawatankuasa itu dianggotai dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia;  Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig. Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti  Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi  dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S. Ambiga. 

Majlis Penasihat Kerajaan berkata, jawatankuasa berkenaan akan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada  Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Majlis itu berkata,  pembaharuan ekonomi semata-mata tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan melainkan turut diiringi pembaharuan institusi.

Majlis Penasihat Kerajaan dibentuk pada 12 Mei bagi menasihati kerajaan mengenai isu ekonomi dan kewangan. - Bernama