Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan sebab penangguhan dan tarikh baharu majlis berkenaan.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah tersebut pada awalnya dijadualkan pukul 3 petang ini.

Difahamkan pemimpin PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra bakal dipilih sebagai Menteri Besar baharu.

Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya merampas sebanyak 18 daripada 36 kerusi DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pas dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 15 dan tiga kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen, PH menawan 10 kerusi Parlimen diikuti Pas tiga kerusi dan BN hanya dua kerusi Parlimen. - K! ONLINE