Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan nama bakal Menteri Besar baharu yang bakal dilantik dan mengangkat sumpah.

"Suka cita saya ingin memaklumkan bahawa bagi menjunjung titah perintah perintah Tuanku Sultan Kedah telah menitah perkenan majlis pelantiikan dan angkat sumpah Menteri Besar itu," katanya.

Difahamkan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra bakal dipilih sebagai Menteri Besar baharu.

Sementara itu, dua lagi pemimpin PH yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar baharu ialah Datuk Johari Abdul yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dan Datuk Ir. Amiruddin Hamzah  selepas berjaya mempertahankan DUN Anak Bukit.

PH yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). - K! ONLINE

Pas dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 15 dan tiga kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen, PH menawan 10 kerusi Parlimen diikuti Pas tiga kerusi dan BN hanya dua kerusi Parlimen. - K! ONLINE