Keputusan mahkamah itu bermakna Mahathir tidak boleh meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, tiada isu lagi mengenai pelantikan kedua-dua hakim utama itu setelah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dalam kes Badan Peguam Malaysia.

Beliau berkata, mahkamah berpendapat tiada alasan untuk tidak mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Badan Peguam Malaysia itu.

Dua lagi hakim ialah Datuk Mohd. Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun. - Bernama