Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib membuat keputusan itu dan turut mengarahkan defendan, Ng Kok Yu, 42, membayar kos dan faedah lain kepada ibu bapa mangsa yang akan ditentukan kemudian.

Keputusan itu dibuat setelah beliau mendengar keterangan tujuh saksi plantif dan manakala Kok Yu yang merupakan pengarah korporat sebuah syarikat elektronik menjadi satu-satunya saksi defendan, dalam perbicaraan selama dua hari yang bermula 18 Julai lalu.

Defendan difailkan saman oleh plaintif iaitu ibu bapa kepada Nureen Ain Juwita, 10, iaitu, Mohd Shariff Awang Ngah dan Norhabibah Aidir, kedua-duanya berusia 50 tahun serta ibu kepada dua beradik Salsabila Zulkhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, iaitu Nor Azila Mudzafar Shah, 32.

Pada prosiding itu, Kok Yu yang menetap di Pulau Pinang diwakili peguam Jeyasingam Balasingam manakla semua plaintif diwakili peguam Mohd. Harris Abdullah.

Saman yang difailkan terhadap defendan itu dilakukan atas alasan kecuaian Kok Yu yang tidak memagar kawasan itu bagi mengelak orang ramai daripada memasukinya, tidak meletakkan sebarang  tanda amaran atau menimbus lombong itu dengan tanah selepas selesai melombong. - K! ONLINE