Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian berikutan perkara tersebut merupakan antara syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini. 

Selain mangsa, syarat jaminan itu antara lain tidak membenarkan tertuduh, Armin 53, mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, 
sepanjang kes perbicaraan.

Armin mengemukakan permohonan itu termasuk ingin berjumpa dengan tiga anaknya yang lain menerusi peguamnya Mohd. Rizal Bahari secara lisan pada sebutan kes hari ini.

Turut hadir ketika prosiding berkenaan ialah peguam pemerhati dilantik Ziana, Luqman Mazlan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan. - K! ONLINE