Kata beliau, selain GPN yang meningkat sebanyak 0.15, pencapaian mata pelajaran juga menunjukkan prestasi yang baik terutama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

"Dalam bidang sains, cuma ada satu subjek yang menurun iaitu Biologi manakala Fizik, Kimia dan Sains Tambahan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menemui 12 pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Ahmad di rumah salah seorang calon SPM, Syarafana Diyanah Shaharuddin di Kampung Baru di sini hari ini.

Mahdzir sebelum itu hadir pada majlis pengumuman SPM 2017 di SMK Dato' Syed Ahmad.

Seramai 443,883 calon menduduki peperiksaan SPM di seluruh negara pada tahun 2017.- K! ONLINE