Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.

Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada  platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.

Pada Khamis, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.

Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. - Bernama