Berikut adalah pengumuman yang dibuat :

  • Kerajaan menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan perlu berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V sebelum mengumumkan pengganti.
  • Pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus terhadap penjawat awam melibatkan pegawai skim JUSA A ke atas akan dilaksanakan berkuatkuasa Julai.
  • Peneroka yang bersama dan tidak bersama Felda termasuk Felcra menerima insentif raya sebanyak RM450
  • Melonggarkan syarat pinjaman bank dan mempermudahka golongan muda untuk memulakan perniagaan atau membeli rumah.
  • Mengkaji semula dasar monopoli termasuk sama ada memansuhkan, memperluas atau mengehadkannya.
  • Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dilantik mengetuai Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan. Jawatankuasa itu akan melaksanakan peranan mereka bermula dengan Kementerian Pertahanan.
  • Mengkaji semula kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti termasuk melihat kurikulum negara-negara lain yang melibatkan pelajaran kesedaran sivik.
  • Kementerian Kesihatan akan mengkaji opsyen Skim Peduli Sihat Nasional termasuk memberi perlindungan takaful kepada golongan berpendapatan rendah.
  • Menetapkan polisi tiada kapal perang negara asing boleh ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
  • Usaha pencegahan rasuah mestilah daripada rakyat. Kerajaan menetapkan sebarang pemberian wang untuk dapatkan sokongan rakyat adalah satu bentuk rasuah dan perlu dihentikan.
  • Penggunaan mesin untuk tingkatkan produktiviti usahawan luar bandar selain pengajaran menerusi online serta mempermudahkan jualan online.
  • Mengkaji pautan antara bursa saham di Malaysia dan Singapura.
  • Sidang Parlimen yang bermula pada 16 Julai akan turut memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.
  • Skim Kawalan Harga bagi musim perayaan akan dilaksanakan bermula 8 Jun hingga 22 Jun melibatkan 22 jenis barangan.
  • Kajian melibatkan kanak-kanak pinggir bandar yang tinggal perumahan kos rendah di beberapa tempat termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dilaksanakan Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga.
  • Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ke China untuk bertemu pihak-pihak berkaitan melibatkan kes Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).
  • Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar akan mengkaji dengan teliti tindakan susulan kepada pihak bertanggungjawab bagi insiden pesawat MH17.
  • Penyelarasan institut latihan kemahiran yang akan dibentangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia dalam mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan latihan.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) yang kini berada di bawah Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan dasar pengangkutan awam darat.
  • Badan-badan di bawah kementerian-kementerian akan diselaras untuk elakkan pertindihan. - K! ONLINE