Pesawat khas yang membawa Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti  Hasmah Mohd. Ali mendarat di Terminal Udara 2, pangkalan Tentera Udara Diraja Thai di sini pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan).   

Mahathir dan Siti Hasmah disambut oleh Menteri Dalam Negeri Thai Jeneral Anupong Paojinda dan isteri Kulaya Paojinda serta Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel. 

Mahathir mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan. 

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darrel Leiking dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. - Bernama