Mahathir berkata,  Proton yang beliau lancarkan pada tahun1983 bukan lagi kereta nasional.

"Cita-cita saya adalah untuk memulakan kereta nasional (baharu) bersama rakan usaha sama di rantau ini," katanya dengan merujuk negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24 di sini hari ini, Mahathir berkata, negara-negara berkenaan mampu mengeluarkan kereta berkualiti dan kereta yang boleh dipasarkan.

"Kami mahu mengakses pasaran dunia (menerusi projek baharu kereta berkenaan)," katanya.

Mahathir kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun. - Bernama