Itu jawapan Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai penularan gambar seluruh jemaah menteri yang diambil semalam sebelum mesyuarat di Putrajaya.

"Semalam merupakan salah satu masa apabila semua anggota jemaah menteri hadir, jadi kami mahu mengambil gambar semua jemaah menteri," kata Pengerusi Bersatu itu pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Khas Bersatu di sini,hari ini.

Gambar itu dilaporkan memaparkan seluruh anggota Kabinet dengan semua menteri hadir - bersama Mahathir sebelum mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada sebelah pagi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet, Mahathir cuma tersenyum sambil berkata: "Apa yang kamu cadangkan? anda tahu tak, saya mendengar suara rakyat, saya dipengaruh oleh anda." - Bernama