Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pegawai telah tiba lebih awal pada Jumaat untuk mengiringi Mahathir dalam lawatan kerja itu.

Menurut para pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini,  atucara pertama lawatan beliau ialah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland)(UKEC) pada pagi Sabtu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan melawat Galeri Dunia IslamYayasan Al-Bukhary yang baharu di Muzium British di Bloomsbury, di sini.

Galeri itu yang ditubuhkan dengan sokongan Yayasan Al Bukhary dari Malaysia kini sedang membantu Muzium British mengatur semula pameran koleksi-koleksi penting warisan Islam, dan mencerminkan hubungan antara kebudayaan Islam dengan Dunia Purba di satu pihak, dan Kebudayaan Dunia Mediterranean dan Eropah di pihak yang lain. - Bernama